Kalumpang

Kalumpang Resort and Training Center merupakan resort yang dimiliki oleh bumiputra dan telah mula beroperasi sejak tahun 2005 lagi.
Resort yang berkonsepkan ala agro ini telah dibina di dalam kawasan dusun buah-buahan di tanah seluas 17 ekar. Kecantikan alam semula jadinya sangat mengasyikkan dan pasti menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.

Kalumpang Resort and Training Center mempunyai lebih dari 70 buah unit chalet yang di bina dengan cantuman elemen semulajadi dan moden.
Malah, Kalumpang turut mempunyai penginapan asrama bagi pengjunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang menggemari aktiviti outdoor.

Kalumpang Resort and Training Center amat mementingkan keselesaan pengunjung dengan itu ia dilengkapi dengan kemudahan seperti cafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasei, padang dan sebagainya.
Malah ia turut dilengkapi dengan dewan bagi memenuhi kehendak pengunjung yang ingin menjalankan latihan.

Kalumpang Resort and Training Center bukan sahaja boleh dijadikan tmepat rekreasi, malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat latihan, kursus, seminar, mesyuarat, hari keluarga dan perkhemahan.

Kalumpang Resort turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan salah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan Malaysia Budget Hotel Association.

No comments:

Post a Comment